Dasar Privasi
Tay & Partners (“kami” atau “kita”) adalah perkongsian yang diperbadankan di bawah undang-undang Malaysia dengan pejabat kami terletak di Kuala Lumpur di Tingkat 6, Plaza See Hoy Chan, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur.
Dasar privasi ini (“Dasar Privasi”) yang mengandungi Bahagian I dan Bahagian II menerangkan bagaimana kami memproses Data Peribadi anda, termasuk pengumpulan, penggunaan, penyimpanan, penzahiran dan pemindahan antarabangsa Data Peribadi anda.
I. AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (“PDPA”)
A. Pemakaian
L. Perubahan kepada Dasar Privasi ini
Dasar privasi ini (“Dasar Privasi”) yang mengandungi Bahagian I dan Bahagian II menerangkan bagaimana kami memproses Data Peribadi anda, termasuk pengumpulan, penggunaan, penyimpanan, penzahiran dan pemindahan antarabangsa Data Peribadi anda.
I. AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (“PDPA”)
A. Pemakaian
- Bahagian I Dasar Privasi ini akan manjadi relevan kepada anda apabila kami memproses Data Peribadi anda di Malaysia.
- Dengan melayari laman web kami (www.taypartners.com.my) (“Laman Web”), menghantar maklumat kepada kami, melibatkan kami untuk memberi perkhidmatan, berkomunikasi atau dalam apa jua cara cara berinteraksi dengan kami, anda menerima terma Dasar Privasi ini dan bersetuju dengan pemprosesan Data Peribadi anda termasuk pengumpulan, penggunaan, penyimpanan, penzahiran dan pemindahan Data Peribadi anda ke luar Malaysia, mengikut cara yang diterangkan dalam Dasar Privasi ini.
- “Data Peribadi” bermaksud apa-apa maklumat mengenai anda yang ada dalam milikan atau kawalan kami yang boleh digunakan secara bersendirian, atau dalam kombinasi dengan maklumat lain, untuk mengenal pasti anda secara peribadi.
- “Data Peribadi” juga termasuk maklumat peribadi sensitif yang mengandungi maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental, pendapat politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya dan pelakuan atau pengataan pelakuan apa-apa kesalahan. Di mana diperlukan, kami akan memproses maklumat sedemikian mengikut Dasar Privasi ini.
-
- Kami boleh mengumpul Data Peribadi anda daripada:
a. maklumat yang anda berikan kepada kami secara sukarela dengan berkomunikasi atau berinteraksi dengan kami dalam apa jua cara;
b. maklumat yang kami peroleh secara bebas melalui cara yang tersedia secara umum; dan
c. maklumat yang diberikan kepada kami daripada sumber lain yang sah.
- Kami boleh mengumpul Data Peribadi anda daripada:
- Data Peribadi anda boleh diproses untuk tujuan sah yang berhubungan dengan perniagaan kami khususnya:
a. untuk memberikan anda maklumat atau perkhidmatan;
b. untuk menjawab pertanyaan anda;
c. untuk menjalankan pemasaran langsung;
d. untuk memberi sokongan teknikal kepada anda;
e. untuk menjalankan pentadbiran perniagaan;
f. untuk mengekalkan Laman Web kami;
g. untuk memastikan keselamatan rangkaian dan maklumat;
h. untuk mengesan, menyiasat dan mencegah penipuan dan kesalahan jenayah lain;
i. untuk menguatkuasakan atau mempertahankan hak kami dan hak anda;
j. untuk memenuhi kewajipan undang-undang kami;
k. untuk mengurus semua aspek hubungan pekerjaan;
l. untuk memastikan kesihatan dan keselamatan tempat kerja kami;
m. untuk memudahkan pengendalian perniagaan kami dan pembekalan perkhidmatan kami.
- Kami akan melibatkan pihak ketiga untuk melaksanakan fungsi pentadbiran, perundingan, teknikal dan operasi bagi pihak kami sepertimana yang kami tentukan sebagai perlu dan sesuai. Berkenaan dengan ini, kami akan memberi akses dan menzahirkan Data Peribadi anda kepada golongan pihak ketiga seperti yang berikut:
a. firma bersekutu atau firma gabungan kami;
b. mana-mana orang dengan siapa kami menjalankan perniagaan atau memberi perkhidmatan kami;
c. kontraktor atau subkontraktor;
d. pembekal barangan dan perkhidmatan pihak ketiga;
e. penjual teknologi maklumat atau pembekal sokongan sistem;
f. pembekal insurans;
g. bank dan institusi kewangan;
h. agensi kerajaan, badan berkanun, pihak berkuasa kawalselia atau agensi penguatkuasa;
i. mana-mana orang kepada siapa kami berkewajipan untuk berbuat demikian di bawah undang-undang atau melalui perintah mahkamah atau sebagai tindak balas kepada agensi kawalselia atau agensi kerajaan yang berwibawa.
- Kami boleh memindahkan Data Peribadi anda ke suatu tempat di luar Malaysia untuk tujuan yang diterangkan di sini.
- Kuki adalah sekeping data yang disimpan pada peranti elektronik anda yang membolehkan laman web merekod aktiviti pelayaran anda dan mengingati maklumat mengenai anda. Kami akan menggunakan kuki di Laman Web kami untuk meningkatkan perkhidmatan kami, kefungsian dan prestasi Laman Web kami dan pengalaman pengguna anda. Anda mempunyai keupayaan untuk mengaktifkan atau mematikan kuki dengan mengubah tetapan pada pelayar anda.
- Peruntukan Data Peribadi kepada kami adalah secara sukarela. Jenis Data Peribadi yang kami kumpul dan guna, walaupun akan berbeza bergantung kepada sifat transaksi, adalah mencukupi dan perlu untuk tujuan yang diterangkan di sini.
- Jika anda memilih untuk tidak memberi Data Peribadi anda kepada kami, kami mungkin tidak dapat memberikan anda perkhidmatan dan maklumat yang anda perlukan atau memenuhi tujuan yang diterangkan di sini.
- Jika anda ingin mengakses, membetulkan, menarik balik persetujuan atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda dan data peribadi yang berhubungan dengan orang lain yang boleh dikenalpasti daripada Data Peribadi anda, sila hubungi kami dengan butiran yang dinyatakan di Seksyen 15 di bawah.
- Anda boleh membantah pada bila-bila masa pemprosesan Data Peribadi anda bagi tujuan pemasaran langsung.
- Kami akan memberikan anda semua hak berhubungan dengan Data Peribadi anda yang mana anda mempunyai di bawah PDPA.
-
- Jika anda mempunyai sebarang permintaan atau pertanyaan mengenai pemprosesan Data Peribadi anda, sila hubungi Pengurus Pentadbiran kami di:
a. Alamat: | Tingkat 6, Plaza See Hoy Chan Jalan Raja Chulan 50200 Kuala Lumpur Malaysia |
b. Nombor telefon: | 603 – 2050 1888 |
c. Nombor fax: | 603 – 2031 8618 |
d. Alamat emel: | mail@taypartners.com.my |
- Kami merizab hak untuk mengemaskini Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa sepertimana yang kami tentukan sebagai perlu dengan memaparkan versi terkini di Laman Web kami berserta tarikh kemaskini terakhir.
- Dengan terus melayari Laman Web kami, mengguna atau melibatkan perkhidmatan kami atau berkomunikasi dengan kami berikutan kemaskini kepada Dasar Privasi ini, anda menerima perubahan kepada terma Dasar Privasi ini dan bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, penyimpanan dan penzahiran Data Peribadi anda secara berterusan.
- Dasar Privasi ini diisukan dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau ketidakselarasan antara versi bahasa Inggeris yang boleh didapati di sini dan versi bahasa Melayu, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.
- Pengakuan dan persetujuan anda berkenaan dengan Dasar Privasi ini akan diperolehi dengan menggunakan borang digital atau dalam dokumen yang berasingan.